PENDERITAAN SAUDARAKU DI PALESTIN
ISU SEMASA Seringkali kita mendengar perkhabaran duka daripada saudara kita yang berada di Palestin. Sebagaimana yang kita tahu, mereka mengalami penderitaan yang berpanjangan akibat daripada kekejaman Zionis Yahudi yang tidak berperikemanusiaan. B umi Gaza yang berkeluasan 365 km persegi itu yang sebelum ini didiami oleh lebih 2 juta rakyat Palestin, sebahagian besar telah ranap. Bangunan dan tempat kediaman musnah dikerjakan oleh tentera Zionis Israel yang menyebabkan ribuan telah terkorban dan cedera parah. Saban hari media elektronik dan media sosial memaparkan keadaan semasa di sana. Hati manusia mana yang tidak pilu dan sayu melihat nasib yang menimpa rakyat di Palestin. Kanak-kanak, wanita, orang tua dan rakyat kebanyakan menanggung derita asakan tentera Zionis Israel yang bermatlamat mahu menghancurkan Gerakan Perjuangan rakyat Palestin yang diketuai oleh tentera HAMAS. Dengan melihat nasib yang menimpa jutaan rakyat yang tidak berdosa itu, masyarakat dunia bangkit untuk memb