SASTERAWAN NEGARA: SHAHNON AHMAD
PENGARANG SASTERA
BIODATA
Nama penuh Shahnon Ahmad ialah Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon bin Ahmad yang dilahirkan para 13 Januari 1993 di Kampung Ganggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran seharian Pak mat adalah berasal dari medan, Sumatera. Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dari tahun 1947 hingga 1953. Setelah tamat sekolah menengah, beliau telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang penulis. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Beliau juga pernah Guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 14 Januari 1962 sehingga 31 Disember 1963. Beliau pernah menjadi Profesor Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, pada tahun 1982 sehingga 1993. Beliau juga pernah menjadi Profesor Emeritus di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Shahnon Ahmad yang merupakan tokoh penulis dalam kesusasteraan Melayu Moden amat banyak diperkatakan.Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika. Beliau terus bergiat dalam dunia penulisan terutamanya cerpen, novel dan esei serta kritikan. Shahnon Ahmad merupakan seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya dan setiap penulisannya mempunyai tema serta persoalan yang tersendiri dan berkait dengan persekitarannya.
ANTARA HASIL KARYA BELIAU
Ulasan
Catat Ulasan