TOKOH AGAMAWAN: ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO` DR. HARON DIN
Allahyarham Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 di Bohor
Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan peringkat sekolah menengah di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah,
Bohor Mali, Perlis. Seterusnya menyambung pelajaran ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan
al-Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, beliau
kemudiannya menuntut ilmu di Kolej Islam Malaya dari tahun 1962 hingga 1965. Beliau juga berjaya memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan keputusan cermerlang dan melayakkannya
memperolehi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di
Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mula berkelana ke perantauan pada tahun 1966. Pada tahun
1968, beliau berjaya memperolehi dua ijazah serentak iaitu Ijazah Sarjana Syariah daripada
Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Ini membuktikan kesungguhan beliau dalam mencari ilmu ketika hayat mudanya. Beliau menetap di Bandar Baru Bangi semenjak berkhidmat sebagai
pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau sering berulang ke kediamannya di Simpang
Empat, Perlis untuk urusan dakwah dan politik. Kegigihan beliau begitu terserlah keranm ma tidak
pernah mengenal penat dan lelah. Aktiviti ini hanya terhenti seketika apabila beliau sakit. Beliau
menghadapi sakit jantung dan lazimnya terpaksa berehat dalam tempoh tertentu untuk proses
rawatan, Tatkala sihat, Beliau sentiasa memberi komitmen terhadap aktiviti ceramah,
seminar, rawatan perubatan Islam dan mesyuarat anjuran pelbagai pihak. Beliau meninggal
dunia pada 16 September 2016 sewaktu mendapatkan rawatan jantung di Hospital Universiti Stanford di San Francisco, California, Amerika Syarikat dan telah dikebumikan di perkuburan
Muslim di Livermore, California.
SUMBANGAN
AllahyarhamTuan Guru Dato` Dr. Haron Din telah menyumbang terhadap penghayatan al-Quran menerusi aktiviti penyampaian ilmu, penubuhan Darussyifa’, ketokohan sebagai pimpinan PAS dan khidmat negara seperti panel penasihat dan Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Dalam setiap penglibatannya, dakwah terhadap al-Quran sering ditekankan hasil daripada pemahamannya yang tinggi terhadap al-Quran dan pengajian Syariah yang dikuasainya.
Ulasan
Catat Ulasan