TOKOH MOTIVASI TERKENAL: DATO` DR. HAJI MOHD FADZILAH BIN KAMSAH
TOKOH MOTIVASI
DATO` DR. HAJI MOHD FADZILAH BIN KAMSAH
LATAR BELAKANG
Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang,
Klang . Beliau adalah anak yang ke -2 daripada 12 adik-beradik . Beliau telah berkahwin
dengan Sharifah bt Md. Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata. Wajahnya kerap kali dipaparkan di kaca TV, corong radio dan dada akhbar. Meniti
bersama kemajuan Internet, kini video Dr Fadzilah Kamsah juga dengan mudahnya boleh
ditonton di YouTube. Beliau juga pernah mendapat pencapaian sebagai Tokoh Ma’al
Hijrah pada 10 Januari 2008. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Skrin 2011 sebagai
Rancangan Bual Bicara Terbaik.
Beliau pakar dalam bidang motivasi. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training &
Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd.
Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993
hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor
di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM. Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences
(1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977.
Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun
1984.
Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam
perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi,
perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya
korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik
kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan,
pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan
sebagainya.
HASIL KARYA BELIAU
- Psikologi cinta : PTS Millennia Sdn. Bhd. , 2010.
- Petua membantu anak berjaya / Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nurul Aida Abdul Ghani:PTS Millennia, 2009.
- Tip menjadi pelajar IPT cemerlang / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah dan Rohidzir Rais:Telaga Biru, 2008.
- Soal jawab Praperkahwinan / Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Noralina Omar:PTS Publications & Distributors, 2007.
- Petua mendidik anak menjadi insan positif/ Dato' Dr. Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria, Husna Hassan Telaga Biru, 2007.
- Menjalin hubungan bahagia / Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Dr. Abdullah Hassan:PTS Millennia, 2007.
- Strategi menghadapi peperiksaan / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhamad Zakaria & Fatimah Misran:Telaga Biru, 2007.
- Kuasa hijrah kuasa untuk berubah/ Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof: PTS Millennia, 2007.
- Petua menangani stres / Mohd. Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar:Telaga Biru, 2007.
- Kunci menjadi individu berkredibiliti : faktor mengapa orang percaya kepada kita/ Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar:PTS Millennia, 2006.
Ulasan
Catat Ulasan