JERAM PASU PASIR PUTIH, KELANTAN MENJADI DESTINASI

 LOKASI YANG DIKUNJUNGI



(Gambar: Di kawasan Jeram Pasu)

Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal terletak di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, kira-kira 35 km di selatan Kota Bharu, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer ke dalam dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu. Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi dan riadah yang popular di kalangan pengunjung. Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain. Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun. Pihak berkuasa juga telah menyediakan tapak khemah untuk pengunjung yang ingin bermalam. Segala  kemudahan telah diadakan bagi keselesaan pengunjung berkelah. Destinasi ini sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya sewaktu musim cuti sekolah serta hujung minggu.

Pengalaman bersama keluarga di Jeram Pasu

Kami sekeluarga berkunjung ke Jeram Pasu dengan penuh suka dan duka dimana semasa perjalanan ke destinasi kami sekeluarga menghadapi pelbagai rintangan. Malah rintangan yang  dihadapi dapat diselesaikan dengan jayanya. Semasa kami sampai di tempat tersebut kami sekeluarga melihat kawasan dipenuh oleh pengunjung. Kami melihat suasana  tempat tersebut sangat indah. Hal ini membuatkan kami sangat teruja dengan melihat pemandangan yang sangat cantik dimana kawasan ini kaya dengan landsakp hutan serta tempat ini turut menampilkan suasana flora dan fauna yang menghijau. Di samping itu, aliran airnya yang agak perlahan dan sejuk sememangnya sangat sesuai untuk kami sekeluarga melakukan aktiviti mandi-manda. Bukan itu sahaja, di kawasan Jeram Pasu juga menyediakan banyak kemudahan seperti surau, bilik persalinan, wakaf rehat, gerai makanan, tandas, trek pejalan kaki dan tapak perkhemahan. Akhir kata, pengalaman bersama keluarga di Jeram Pasu merupakan pengalaman yang manis dan tidak akan dilupakan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH