CABARAN DALAM DUNIA SASTERA
ISU SASTERA, BAHASA DAN BUDAYA
Kesusasteraan Melayu merupakan bidang yang mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Penulisan karya sastera merujuk kepada ciptaan seni yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif dan bukan sahaja terhad kepada penulisan semata-mata, tetapi juga dalam bentuk lisan yang dilafazkan dalam pertuturan dan percakapan. Perkembangan zaman yang semakin maju ini telah memberi impak yang besar dalam dunia sastera. Kesan ini jelas dilihat menerusi kurangnya permintaan dan penggunaan sastera dalam kalangan masyarakat. Perubahan zaman ini menjadi cabaran utama dalam perkembangan dunia sastera. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran lain ekoran daripada perkara tersebut.
Antara cabarannya ialah peluang pekerjaan yang terhad bagi pelajar pengajian kesusasteraan. Hal ini dapat dilihat apabila peluang pekerjaan bagi golongan tersebut kebiasaannya terhad kepada guru, novelis dan juga pensyarah. Selain itu, cabaran yang dihadapi adalah kurangnya minat membaca karya sastera dalam kalangan masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan daripada pelbagai punca, antaranya ialah bahasa yang digunakan dalam karya sastera yang berkemungkinan sukar untuk difahami oleh masyarakat dan penggunaan elemen tertentu yang menyebabkan segelintir masyarakat tidak memahami isi kandungan karya dan akan mula berasa bosan. Seterusnya kurangnya media cetak yang memaparkan bahan yang berunsurkan sastera. Hal ini berlaku disebabkan daripada pelbagai punca, antaranya kurangnya permintaan untuk karya sastera. Masyarakat lebih gemar membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan isu semasa dan melayari media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
Namun begitu, media cetak seperti akhbar harian sepatutnya menyediakan satu ruang khusus untuk memaparkan karya sastera seperti cerpen, puisi dan pelbagai genre sasatera yang lain. Perkara ini dapat dilihat menerusi Berita Minggu dan Mingguan Malaysia yang menyediakan slot yang khas bagi karya sastera. Pihak pengurusan akhbar perlu memainkan peranan dengan mempergiatkan lagi usaha mempromosi karya sastera pada masyarakat supaya mereka dapat membaca dan hal ini mampu meningkatkan daya pemikiran. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kekurangan bahan cetak sastera juga menjadi punca terhadap cabaran dalam dunia sastera.
Ulasan
Catat Ulasan