NOVEL SENJAKALA NUKILAN BAHARUDDIN KAHAR
BUKU SASTERA
BIODATA BAHARUDDIN KAHAR
Baharuddin Kahar ialah seorang penulis, novelis dan sasterawan warga Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 24 Disember 1946 di Pekan Lama, Tanjong Rambutan, Perak. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Cator Avenue, Ipoh, Perak bermula
dari tahun 1953 hingga tamat darjah enam pada tahun 1959. Selain daripada mempunyai
bakat dalam bidang penulisan, Baharuddin Kahar juga berbakat dalam bidang muzik dan
pernah menjadi pemuzik pada awal tahun 70-an, bagaimanapun beliau lebih menyerlah
dalam bidang penulisan. Kemungkinan besar bakat penulisan tersebut dicungkil sewaktu
beliau menjadi pemberita daerah untuk akhbar Berita Harian pada tahun 1973. Namun,
minatnya dalam bidang penulisan timbul setelah membaca novel Salina tulisan Sasterawan
Negara Datuk A. Samad Said sewaktu beliau berusia 17 tahun. Selain dari menggunakan
nama Baharuddin Kahar, beliau juga menggunakan nama pena iaitu B.K. Samiyung.
Pada tahun 1974, Baharuddin Kahar menceburi bidang pendidikan dan menjadi guru
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Tsung Wah (swasta), Kuala Kangsar, Perak. Beliau
mengajar di situ sehingga tahun 1984. Baharudin Kahar telah dipilih untuk menerima
anugerah Zamalah Sastera daripada akhbar Berita Harian pada tahun 1985. Beliau
merupakan orang kedua yang menerima anugerah tersebut selepas Sasterawan Negara
Allahyarham Usman Awang. Novelnya yang berjudul Senjakala telah dipilih sebagai buku teks
untuk pengajian sastera peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1986.
SINOPSIS NOVEL SENJAKALA
Novel Senjakala mengisahkan tentang kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang
pergi berburu selama lebih daripada seratus hari bagi mendapatkan daging rusa yang dihajati
oleh anak perawannya yang bernama Noor yang menghidap penyakit leukemia yang mampu
bertahan selama empat atau lima bulan sahaja. Novel ini juga melukiskan kecekalan hati
manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. la juga mencakup hubungan manusia dengan Tuhannya, alam, dan sesama manusia. Segalagalanya tersimpan falsafah tentang proses pencarian diri, tentang kewujudan manusia yang
perlu menerima kekalahan bersandarkan kesedaran pada keagungan Tuhan. Cinta yang
patah dengan segala macam kompleksitinya, rendah diri seorang lelaki dengan rindu dan
cintanya yang tidak kesampaian.
Ulasan
Catat Ulasan