KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

KRITIKAN TERHADAP DRAMA


SINOPSIS

    Drama Terhentinya Doa merupakan sebuah drama telemovie yang telah ditayangkan di siaran televisyen TV3 di bawah arahan Azman Yahya dan terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga telah dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat dan terkenal di Malaysia seperti Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Azri Iskandar, Ozlynn, Raja Hakim, dan Elanie Wahed. Drama ini mengetengahkan kisah kesibukan anak-anak dalam mengejar harta dunia sehingga tidak mempunyai masa untuk menziarahi dan menjaga ibu mereka di kampung. Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wa iaitu Razali and Rosie bertengkar tentang siapa yang ingin menjaga Nek Wa yang jatuh sakit sehingga tidak terdaya menguruskan diri sendiri. Pada masa yang sama cucu sulungnya, Wafie telah pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara. Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluarganya tetapi dihantar ke kampung. Rupa-rupanya pada hari kepulangan Wafie, neneknya, Nek Wa disahkan mengidap penyakit Chikungunya ketika menoreh getah. Nek Wa kini terlantar di rumah. Razali dan Rosie bersepakat untuk menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga ibu mereka yang sakit itu kepada anak Razali yang bernama Wafie. Ketidakbertanggungjawaban anak-anak Nek Wa ke atas ibunya sendiri telah menjadi buah mulut orang-orang kampung. Ketika berada di kampung bermacam-macam yang Wafie dengar tentang keluarganya. Setelah kesihatan Nek Wa kembali pulih, Wafi cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang menjenguk Nek Wa dan selesaikan permusuhan di kalangan ahli keluarganya.

KRITIKAN TERHADAP WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Nek Wa 

Nek Wa merupakan watak utama yang dipersembahkan dalam drama Terhentinya Doa. Nek Wa memegang watak sebagai seorang ibu tunggal yang kematian suami dan meninggalkan dua orang anak iaitu Razali dan Rosie. Dalam babak cerita ini dikatakan bahawa ketika Razali dan Rosie masih dalam lingkungan usia kanak-kanak, Nek Wa adalah seorang yang sangat tegas dan garang terhadap anak-anaknya sehinggakan kedua anaknya takut akan kebengisan ibu mereka. Oleh sebab itu, Razali dan Rosie lebih rapat dengan ayah mereka. Setelah kematian suami, Nek Wa dikatakan semakin tegas dan bengis dengan anak-anak. Sifat Nek Wa yang begitu tegas dan bengis dalam mendidik anak-anaknya telah menimbulkan kerengangan dalam hubungan kekeluargaan. Kelakuan Nek Wa ini telah menyebabkan anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak disayangi dan menaruh dendam pada ibunya.

Setelah Nek Wa meningkat usia, sikapnya berubah menjadi seorang yang penyayang dan bersifat keibuan. Dalam waktu yang sama, beliau juga mengajar Al-Quran secara sukarela kepada kanak-kanak yang tinggal disekitar kampungnya. Setiap kali Nek Wa mengerjakan solat, beliau sentiasa memanjatkan doa bermohon supaya dikurniakan kebahagian, kesenangan dan keselamatan kepada anak-anak dan cucunya  daripada ditimpa segala bala bencana atau musibah dalam kehidupan. Namun, Nek Wa amat kesal akan kelakuan anak-anak dan cucunya sehingga berhenti mendoakan kesejahteraan mereka. Sifat Nek Wa yang begitu tegas dan bengis dalam mendidik anak-anaknya telah menimbulkan kerengangan dalam hubungan kekeluargaan. Kelakuan Nek Wa ini telah menyebabkan anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak disayangi dan menaruh dendam pada ibunya. Islam mengajar akhlak mulia, kasih sayang dan kelembutan dalam mendidik anak-anak. Oleh itu, janganlah ibu bapa menggunakan kekerasan, sifat marah, tengking, jerit dan memukul. 

Watak Razali 

Razali merupakan watak utama di dalam drama Terhentinya Doa dan watak Razali ini dilakonkan oleh pelakon Azri Iskandar. Razali memainkan peranan sebagai satu-satunya anak lelaki, abang kepada Rosie, suami kepada Aini dan bapa kepada dua orang anak lelaki, hasil daripada perkahwinan bersama Aini iaitu Wafie dan Rafael. Menerusi watak Razali, beliau ini boleh digambarkan sebagai seorang yang bekerjaya dan memiliki perusahaan sendiri. Hal ini boleh dibuktikan menerusi babak Razali yang menghubungi Wafie bahawa dia tidak ada masa untuk melawat Nek Wa di kampung dan akan melawat Nek Wa sekiranya dia berkelapangan. Seterusnya, Razali juga dalam drama ini digambarkan sebagai seorang suami yang tunduk kepada isterinya sendiri, Aini dan dalam masa yang sama digambarkan sebagai seorang anak lelaki yang lepas tangan. Hal ini boleh dibuktikan menerusi babak Aini pada permulaan cerita yang memaksa Razali untuk bergegas pulang dan seterusnya meminta Razali untuk menghubungi Rosie, bagi mengambil alih tugas untuk menjaga Nek Wa. Walaupun tindakan Aini itu digambarkan agak melampau, tetapi Razali tetap akur juga akan permintaan Aini.

Menerusi drama ini, Razali juga dalam masa yang sama digambarkan sebagai satu-satunya anak lelaki yang lepas tangan. Hal ini boleh dibuktikan menerusi permintaan Aini yang meminta Razali menghubungi Rosie untuk mengambil alih tugas untuk menjaga Nek Wa. Razali menuruti permintaan Aini dan berjumpa dengan Rosie untuk berbincang. Rosie mencadangkan kepada Razali untuk menghantar anaknya, Wafie bagi menjaga Nek Wa yang kebetulan ketika itu Wafie baru sahaja pulang dari luar negara. Razali menerima cadangan Rosie dan menghantar Wafie ke kampung untuk menjaga Nek Wa. Tindakan seperti ini tidak wajar dilakukan terutamanya sebagai seorang anak kerana tindakan ini dianggap seolah-olah lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu sendiri.

Agama Islam sangat memuliakan ibu bapa dan meletakkan darjat ibu bapa di tempat yang paling istimewa dalam kehidupan setiap anak dan sebagai seorang anak, kita wajib untuk menghormati, berbuat baik dan berbakti kepada mereka sekalipun kita sudah beristeri mahupun sudah bersuami. Menerusi watak Razali dalam drama Terhentinya Doa ini, Razali memainkan peranan sebagai satu-satunya anak lelaki kepada Nek Wa dan Razali pun sudah berkahwin. Isu di sini ialah walaupun Razali sudah berkahwin dan sudah mempunyai tanggungjawab yang lain, tanggungjawab dan tugas Razali sebagai seorang anak kepada Nek Wa masih tetap perlu ditunaikan. Menerusi drama ini, Razali digambarkan sebagai seorang anak lelaki yang lepas tangan apabila tanggungjawabnya untuk menjaga Nek Wa yang sakit diserahkan sepenuhnya kepada anaknya, Wafie. Sebagai contoh, perbuatan Razali yang sememangnya merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak. Razali digambarkan sebagai lepas tangan terhadap Nek Wa dan ini sememangnya menjelaskan darjat Nek Wa sebagai ibu sedangkan dalam Islam, darjat ibu mahupun bapa adalah tinggi.

Agama Islam juga turut memelihara kedudukan seorang suami dan darjat seorang suami juga adalah tinggi di sisi Islam. Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh beberapa sahabat Nabi, hadis tersebut menyebutkan bahawa seorang isteri hendaklah sujud pada seorang suami. Namun dalam drama Terhentinya Doa ini, Aini seolah-olah merendahrendahkan Razali, suaminya dengan kerap meninggikan suara jika ada perkara yang hendak dibincangkan dan dalam masa yang sama menjadikan Razali sebagai ‘Pak Turut’ yang sentiasa mendengar dan memberikan apa yang diminta oleh Aini. Perbuatan Aini terhadap suaminya seperti ini secara tidak langsung mencemarkan imej agama Islam dalam memelihara darjat seorang suami dalam sebuah perkahwinan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

SAJAK: CINTA RASULULLAH