KEUNIKAN WARISAN BUDAYA NEGERI KELANTAN
WARISAN BUDAYA
(Gambar: simbol yang ada pada jebak puyuh)
Sejarah Jebak Puyuh
Jebak puyuh merupakan salah satu hasil kerja tangan para penduduk Kampung
Bunuhan, Tumpat Kelantan. Jebak puyuh digunakan sebagai alat untuk menjerat atau menangkap
burung puyuh di kawasan hutan, paya dan sebagainya. Jebak puyuh digunakan pada
zaman 20-an lagi oleh golongan tua yang gemar menangkap burung puyuh. Pada zaman
dahulu, burung puyuh sangat dikenali dan menarik perhalian golongan tua untuk menjerat burung berkenaan, dan sehingga kini burung tersebut agak sukar ditemui dan dijerat.
Namun demikian, sehingga kini jebak puyuh masih digunakan.
Kedah Pembuatan Jebak Puyuh
Antara barang-barang yang digunakan untuk membual sebuah jebak puyuh adalah
buluh, kayu, rotan, biji timah, pukat atau benang dan yang paling penting adalah akar ribu-ribu. Jika bahan-bahan tersebut cukup lengkap, barulah sebuah Jebak puyuh terhasil
dengan lengkapnya. Bermula dengan menganyaman pokok ribu-ribu, untuk menimbulkan motif bunga
dan geometri. Kemudian ukiran pada penutup jebak puyuh dibuat. Ukiran yang sering
digunakan adalah ukiran awan larat. Proses yang terakhir adalah dengan meletakkan
pukat dibahagian hadapan muka pintu jebak puyuh, kemudian jebak puyuh akan
diwarnakan mengikut kehendak yang diingini oleh pelanggan.
Anyaman bermaksud proses menyilang bahan -bahan daripada tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan satu rumpun yang sangat kuat dan boleh digunakan. Bahan- bahan
tumbuhan yang boleh dianyam seperti Iidi, rotan, akar, pokok ribu-ribu, buluh, pandan,
mengkuang , jut dan sebagainya, ini adalah kerana bahan tersebut mudah dikeringkan dan
lembut. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.
Jenis seni anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah menghasilkan tali,
rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang
awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Bukan itu sahaja sehingga kini pelbagai
jenis anyaman telah pun dihasilkan dengan pelbagai jenis bahan antaranya anyaman ribu- ribu. Anyaman ribu -ribu tersebut digunakan dalam pembuatan Jebak puyuh. Akar ribu- ribu pula adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di kawasan belukar yang
lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-ribu besar atau gajah,
serta ribu-ribu bukit atau duduk ataupun lebih dikenali sebagai akar sidin. Kegunaan
utama ribu-ribu pada masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Namun kini,
akar ribu-ribu digunakan sebagai bahan unluk membuat jebak puyuh.
Ulasan
Catat Ulasan