KRITIKAN TERHADAP FILEM TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan filem arahan Nasir Jani dan bekerjsama bersama pengarah dari Australia iaitu Seth Larney dimana filem ini ditayangkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini merupakan suatu medium yang diadaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk sama dengan filem yang dihasilkan iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba, novel ini merupakan karya milik Ramlee Awang Murshid. Beliau banyak menerapkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penulis novel thriller. Novel ini diterbitkan pada tahun 1998 oleh syarikat penerbitan Alaf 21. Filem Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan filem ‘box office’ di Malaysia. Hal ini terbukti apabila filem ini berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak empat juta Ringgit Malaysia dalam tempoh lapan hari tayangan. Manakala, jumlah kutipan tiket keseluruhan tayangan filem ini mencecah sebanyak 8 juta Ringgit Malaysia. Selain mencapai tahap kutipan ‘box office’, filem ini turut berjaya dilabelkan sebagai filem aset negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, kandungan yang terdapat dalam filem ini bukan sahaja menyaksikan keindahan khazanah hutan yang tidak ternilai harganya, malah filem ini turut menyaksikan kehidupan sosiobudaya masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Dengan terpacarnya keunikan adat resam kehidupan masyarakat Kadazan-Dusun yang menarik perhatian penonton.
Sinopsis
Tombiruo: Penunggu Rimba berkisah mengenai Ejim yang juga digelar Tombiruo yang mempunyai wajah buruk dan tidak seperti manusia biasa. Ejim mempunyai kembar yang bernama Amiruddin yang mana mempunyai wajah normal seperti manusia lain. Ejim dikatakan lahir sedemikian akibat daripada perbuatan sumbang bapanya iaitu Tarawid yang menodai kesucian ibunya, Tobugi. Oleh kerana itu, Monsiroi, bobolian iaitu perantara dengan dunia ghaib yang menyambut kelahiran Ejim dengan memulangkan Ejim kepada hutan dengan menghanyutkan Ejim ke sungai. Manakala, Amiruddin diserahkan kepada penduduk kampung dengan membayar denda yang berupa dua ekor kerbau untuk dipelihara. Amiruddin dihantar ke rumah anak yatim. Manakala Ejim yang disangkakan Monsiroi telah hanyut dan mati, rupanya diselamatkan oleh Pondolou yang merupakan seorang bekas tentera British yang hidup di dalam hutan Keningau. Pondolou membesarkan Ejim dengan kebolehan kependekaran dan kekuatan fizikal. Ejim diwasiatkan untuk menjaga kelestarian hutan oleh Pondolou sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Namun begitu, dengan kepesatan pembangunan, hutan Keningau dilanda permasalahan pembalakan yang diterajui oleh Syarikat Anak Bumi Sdn. Bhd. milik Tuan Berham dan juga diuruskan oleh anak perempuannya Salina. Tuan Berham yang menyedari akan sesuatu yang tidak kena dengan operasi syarikatnya, telah menukar wasiatnya sebanyak tiga kali. Perubahan yang terakhir telah menyebabkan Tuan Berham dan Salina meninggal dunia dalam perjalanan membanteras pembalakan haram di hutan Keningau.
Dalam masa yang sama, wartawan jenayah yang kebetulan berada di Sabah, yang bernama Wan Suraya, turut tertarik untuk turut membuat liputan kejadian pembunuhan Tuan Berham dan Salina kerana mempunyai kesamaan dengan kes yang ditanganinya di Kuala Lumpur. Amiruddin yang berada di lokasi kemalangan isteri dan bapa mertuanya secara tidak sengaja telah bertemu dengan lelaki berselubung hitam yang dikatakan penunggu hutan Keningau, roh jahat Tombiruo. Amiruddin menyangka bahawa Tombiruo yang membunuh isteri dan bapa mertuanya telah memburu Tombiruo sehingga ke dalam hutan bersama Wan Suraya dan sahabatnya, Ondu. Maka berlaku pergaduhan yang dahsyat menyebabkan mereka mengalami kecederaan. Setelah mendapat penjelasan Monsiroi, Amiruddin mengetahui bahawa Ejim yang dipanggilnya Tombiruo itu merupakan abang kembarnya. Setelah itu, kejadian demi kejadian aneh yang berlaku. Seorang demi seorang yang rapat dengan keluarga Tuan Berham menemui ajal. Setelah siasatan dilakukan oleh Amiruddin dengan bantuan Wan Suraya, Ondu dan Ejim dimana dalang kepada semua kejadian ini adalah disebabkan oleh adik kandung Tuan Berham iaitu Juslan yang tamak pada harta kekayaan Tuan Berham.
Sinematografi
Sinematografipenceritaan visual dalam filem atau rancangan televisyen. Sinematografi merangkumi semua elemen visual di skrin, termasuk pencahayaan, pembingkaian, komposisi, gerakan kamera, sudut kamera, pemilihan filem, pilihan lensa, kedalaman medan, fokus, warna, paparan, dan penyaringan. Sinematografi menetapkan dan menyokong keseluruhan penampilan dan suasana naratif visual filem. Pembuat filem sering memilih untuk menghabiskan sebahagian besar anggaran mereka untuk sinematografi berkualiti tinggi untuk menjamin bahawa filem itu akan kelihatan luar biasa di layar lebar.
Umumnya pada pandangan saya, sinematografi dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan satu aspek yang memainkan peranan penting dalam sesebuah perfileman kerana aspek ini sangat memberi kesan kepada penonton. Melalui filem tersebut, saya berpendapat bahawa penggunaan aspek sinematografi mencapai tahap yang memuaskan bagi menghasilkan filem arahan Nasir Jani dan Seth Larney ini sesuatu yang memberi impak yang terbaik dan berkualiti. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa babak terutama pada babak pertempuran yang mana menyukarkan penonton untuk memberi tumpuan terhadap para pelakon disebabkan berlakunya sedikit gegaran terhadap pergerakan kamera. Namun begitu, setiap babak pertempuran seharusnya diberikan pujian kerana aksi yang dibawakan seakan-akan filem Hollywood.
Sinematografi dalam filem ini tidak terlalu menyukarkan para penonton untuk menghayati dan memberikan fokus terhadap penceritaan. Hal ini kerana hanya pada bahagian pertempuran sahaja memberi sedikit kesukaran kepada penonton disebabkan berlaku sedikit pergerakan. Dari segi pencahayaan pula sangat sesuai dengan situasi yang dilakonkan. Pencahayaan yang baik juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sesebuah perfileman yang berkualiti. Secara keseluruhannya pencahayaan terhadap filem ini sangat baik dan memuaskan. Filem ini sememangnya dilebalkan filem asset negara kerana filem inimempunyai sinematografi yang terbaik dan ia seakan bertaraf filem Hollywood. Hal ini dikatakan demikian kerana, filem ini mempunyai gabungan pengarah tenpatan dan pengarah luar negara yang berpengalaman dalam penghasilan yang sangat luar biasa.
Busana
(Gambar: Busana dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba)
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:959) menerangkan busana sebagai “suatu yang dipakai“. Perkara ini sudah tentunya merujuk kepada suatu bahan atau benda yang digunakan untuk menutup bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan. Menurut buku Busana Melayu Johor oleh Siti Zainon Ismail (1997:ix), busana berasal daripada bahasa Jawa Sankrit yang bererti berpakaian lngkap dengan perhiasan yang sempurna dan indah dipandang. Dalam konteks tradisi agung Melayu, telah dikenali estetika pakaian cara Melayu yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Menurut Mohd. Rosli Saludin (2004:1), anggapan tentang busana adalah pakaian yang terdiri daripada baju dan kainnya, disamping barang-barang kemas, peralatan solek dan hiasan kepala. Dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba, kepelbagian busana yang dipamerkan bersesuaian dengan jalan cerita yang mengambarkan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah.
Disini dapat dilihat bahawa hasil daripada filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini menggunakan kepelbagian busana yang mengikut kesesuaian dan keselesaan setiap watak dan perwatatakan yang dibawa oleh barisan pelakon. Antaranya dapat dilihat menerusi watak Ejim (Tombiruo) yang dilakonkan oleh Zul Ariffin yang mana dalam filem tersebut Tombiruo mengenakan tiga topeng yang berbeza sepanjang jalan cerita. Topeng pertama adalah semasa zaman kanak-kanaknya, kedua; topeng yang dipakai pada waktu sekarang, iaitu Tombiruo dewasa dan ketiga; topeng baharu yang diukir sendiri oleh Tombiruo. Topeng ketiga ini amat berbeza jika dibandingkan dengan topeng pertama dan kedua. Perbezaannya adalah dari segi kematangan dan ekspresi topeng yang dipakai oleh Tombiruo sepanjang filem. Topeng pada zaman kanak-kanaknya menunjukkan permukaan yang licin dengan garisan halus. Topeng tersebut lebih berupa wajah kera yang menampakkan dahi, mulut dan hidung. Sementara itu, topeng Tombiruo dewasa pula lebih jelas memaparkan rekahan berbanding dengan topeng zaman kanak-kanaknya. Topeng ketiga pula lebih mirip wajah manusia dengan garis rekahan lebih dalam serta menampakkan bentuk mulut, kening dan hidung. Sementara itu, watak yang lain mengenakan busana yang bersesuaian dengan watak iaitu berkonsepkan busana orang kampung yang mengamalkan budaya dan adat resam masyarakat Kadazan-Dusun serta busana orang bandar. Pemakaian yang dipertonjolkan dalam filem ini terutamanya melalui watak Tombiruo itu sendiri yang mana menggambarkan perwatakan di dalam hutan. Hal ini dapat menghidupkan lagi watak yang dimainkan oleh Zul Ariffin dalam filem tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan