Catatan

PENDERITAAN SAUDARAKU DI PALESTIN

Imej
ISU SEMASA Seringkali kita mendengar perkhabaran duka daripada saudara kita yang berada di Palestin. Sebagaimana yang kita tahu, mereka mengalami penderitaan yang berpanjangan akibat daripada kekejaman Zionis Yahudi yang tidak berperikemanusiaan. B umi Gaza yang berkeluasan 365 km persegi itu yang sebelum ini didiami oleh lebih 2 juta rakyat Palestin, sebahagian besar telah ranap. Bangunan dan tempat kediaman musnah dikerjakan oleh tentera Zionis Israel yang menyebabkan  ribuan telah terkorban dan cedera parah. Saban hari media elektronik dan media sosial memaparkan keadaan semasa di sana.  Hati manusia mana yang tidak pilu dan sayu melihat nasib yang menimpa rakyat di Palestin. Kanak-kanak, wanita, orang tua dan rakyat kebanyakan menanggung derita asakan tentera Zionis Israel yang bermatlamat mahu menghancurkan Gerakan Perjuangan rakyat Palestin yang diketuai oleh tentera HAMAS. Dengan melihat nasib yang menimpa jutaan rakyat yang tidak berdosa itu, masyarakat dunia bangkit untuk memb

SAJAK: CINTA RASULULLAH

Imej
 CINTA RASULULLAH Ya Rasulullah Kerinduanku padamu tak pernah pudar Cintaku padamumu tak pernah patah Walau tak pernah menatap wajahmu Walau tak pernah mendengar merdu sabdamu Malah hati ini sangat dekat denganmu.   Ya Rasulullah Hadirnya engkau sebagai penyuluh jalan Menggalas tanggungjawab sangat besar Namun engkau tak pernah mengeluh Engkau tak pernah berhenti Engkau tak pernah mengalah Demi memartabatkan agama islam.   Ya Rasulullah Tunjuk ajarmu sungguh berguna Al-Sunnah mu sangat bermakna Akhlak mu menunjukkan keperibadian mulia Perjuangan mu yang tiada tandingan Bagi menbentuk ummah yang sejahtera Agar agama islam terlihat indah.   Ya Rasulullah Kepadamu ku berselawat Agak memperoleh secebis syafaatmu Dek kerana amalanku tak setanding denganmu Yang tak lari dari berbuat dosa Menginginkan pertolongan engkau ya Rasulullah Dari siksaan yang amat dahsyat Di alam akhirat kelak.                                                

TUMPAT SEBAGAI BANDAR WARISAN

Imej
  Daerah Tumpat khususnya Bandar Tumpat merupakan sebuah kota warisan yang cukup berpotensi untuk dibangun dan dimajukan sesuai dengan tuntutan serta keperluan semasa terutamanya bagi pembangunan sektor pelancongan negara pada masa akan datang. Kelebihan Bandar Tumpat yang terletak di utara negeri Kelantan yang bersempadan dengan Selatan Thailand melalui Sungai Golok ini memiliki kedudukan geografi yang cukup jelas bagi menjamin kemajuan pada sektor pelancongan, khususnya dalam pembangunan warisan. Bandar Tumpat juga merupakan sebuah jajahan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong dengan memiliki banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Selain tempat peranginan, Bandar Tumpat juga mempunyai bangunan - bangunan yang berstatus warisan yang masih belum dikenali oleh para pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong dari luar negara. Dari segi etnik, Tumpat memiliki pelbagai etnik. Etnik Melayu merupakan etnik terbesar dan diikuti oleh kaum Siam, Cina, India, Sikh, Kemboja d

SEJARAH PENJARA PUDU YANG KIAN TERHAKIS

Imej
  Generasi sekarang mungkin tidak peduli dan peka akan Bukit Bintang City Centre (BBC) milik Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) sebenarnya dahulu adalah sebuah penjara yang amat digeruni. Bagi mereka yang pernah menjadi penghuni setianya dan di tahan di sini, mereka umpama mati dalam hidup. Kehidupan ibarat mahligai terakhir memisahkan gelaran mereka sebagai penjenayah yang terpaksa akur dan mengakhiri sisa hidupnya hanya di sini.  Di situlah letaknya penjara Pudu atau lebih sinonim dengan panggilan 'Pudu Jel'. Sebuah penjara yang menyembunyikan banyak kisah di sebalik tembok tingginya dan menyimpan seribu satu kenangan kepada penghuninya serta mereka yang bertugas 24 jam tanpa henti. Menabur penuh bakti tidak mengira siang dan malam di samping melakarkan pelbagai nostalgia. Penjara ini dibina pada Februari 1891, terletak di jalan Hang Tuah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang asalnya dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina. Pembinaan han

KEUNIKAN PELAN LANTAI RUMAH TRADISIONAL MASYARAKAT DI SARAWAK

Imej
  Pelan Lantai  Pelan Lantai Rumah Panjang Iban (Dayak) Rumah panjang Iban ini nyatanya mempunyai ciri dan keunikan tersendiri sama ada dari segi keselamatan atau kebudayaan mengikut adat tradisi tempatan suku kaumnya. Rumah ini dibina berkonsepkan seperti panggung dengan ketinggian dalam tiga hingga tujuh meter dari tanah dan panjang dalam kiraan 138 meter. Ketinggiannya ini dipercayai adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada ditimpa musibah yang sentiasa menimpa kawasan berhampiran daerah itu. Manakala kepanjangannya ini pula adalah untuk memuatkan jumlah kaum Iban yang ramai. Bilangan tiga tangga utama dengan bernombor ganjil juga menjadi faktor keunikan seni bina rumah ini kerana tangga ini dibina bersesuaian dengan bahan yang digunakan iaitu kayu.  Dari segi binaan tiang juga berjenis kayu dan tidak mudah reput seperti kayu terbelian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Rumah ini kebiasaannya memiliki sepuluh pintu bilik dan se

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

Imej
KRITIKAN TERHADAP DRAMA SINOPSIS      Drama Terhentinya Doa merupakan sebuah drama telemovie yang telah ditayangkan di siaran televisyen TV3 di bawah arahan Azman Yahya dan terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga telah dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat dan terkenal di Malaysia seperti Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Azri Iskandar, Ozlynn, Raja Hakim, dan Elanie Wahed. Drama ini mengetengahkan kisah kesibukan anak-anak dalam mengejar harta dunia sehingga tidak mempunyai masa untuk menziarahi dan menjaga ibu mereka di kampung. Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wa iaitu Razali and Rosie bertengkar tentang siapa yang ingin menjaga Nek Wa yang jatuh sakit sehingga tidak terdaya menguruskan diri sendiri. Pada masa yang sama cucu sulungnya, Wafie telah pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara. Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluarganya tetapi dihantar ke kampu

CABARAN DALAM DUNIA SASTERA

Imej
ISU SASTERA, BAHASA DAN BUDAYA      Kesusasteraan Melayu merupakan bidang yang mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Penulisan karya sastera merujuk kepada ciptaan seni yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif dan bukan sahaja terhad kepada penulisan semata-mata, tetapi juga dalam bentuk lisan yang dilafazkan dalam pertuturan dan percakapan. Perkembangan zaman yang semakin maju ini telah memberi impak yang besar dalam dunia sastera. Kesan ini jelas dilihat menerusi kurangnya permintaan dan penggunaan sastera dalam kalangan masyarakat. Perubahan zaman ini menjadi cabaran utama dalam perkembangan dunia sastera. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran lain ekoran daripada perkara tersebut.      Antara cabarannya ialah peluang pekerjaan yang terhad bagi pelajar pengajian kesusasteraan. Hal ini dapat dilihat apabila peluang pekerjaan bagi golongan tersebut kebiasaannya terhad kepada guru, novelis dan juga pensyarah. Selain itu, cabaran yang dihadapi adalah kurangnya minat memba

JERAM PASU PASIR PUTIH, KELANTAN MENJADI DESTINASI

Imej
 LOKASI YANG DIKUNJUNGI (Gambar: Di kawasan Jeram Pasu) Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal terletak di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, kira-kira 35 km di selatan Kota Bharu, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer ke dalam dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu. Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan.  Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi dan riadah yang popular di kalangan pengunjung. Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain. Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun. Pihak berkuasa

TOKOH MOTIVASI TERKENAL: DATO` DR. HAJI MOHD FADZILAH BIN KAMSAH

Imej
 TOKOH MOTIVASI  DATO` DR. HAJI MOHD FADZILAH BIN KAMSAH LATAR BELAKANG      Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang . Beliau adalah anak yang ke -2 daripada 12 adik-beradik . Beliau telah berkahwin dengan Sharifah bt Md. Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata. Wajahnya kerap kali dipaparkan di kaca TV, corong radio dan dada akhbar. Meniti bersama kemajuan Internet, kini video Dr Fadzilah Kamsah juga dengan mudahnya boleh ditonton di YouTube. Beliau juga pernah mendapat pencapaian sebagai Tokoh Ma’al Hijrah pada 10 Januari 2008. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Skrin 2011 sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik.       Beliau pakar dalam bidang motivasi. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor

KEUNIKAN WARISAN BUDAYA NEGERI KELANTAN

Imej
WARISAN BUDAYA (Gambar: simbol yang ada pada jebak puyuh) Sejarah Jebak Puyuh      Jebak puyuh merupakan salah satu hasil kerja tangan para penduduk Kampung Bunuhan, Tumpat Kelantan. Jebak puyuh digunakan sebagai alat untuk menjerat atau menangkap burung puyuh di kawasan  hutan, paya dan sebagainya. Jebak puyuh digunakan pada zaman 20-an lagi oleh golongan tua yang gemar menangkap burung puyuh. Pada zaman dahulu, burung puyuh sangat dikenali dan menarik perhalian golongan tua untuk menjerat burung berkenaan, dan sehingga kini burung tersebut agak sukar ditemui dan dijerat. Namun demikian, sehingga kini jebak puyuh masih digunakan. Kedah Pembuatan Jebak Puyuh      Antara barang-barang yang digunakan untuk membual sebuah jebak puyuh adalah buluh, kayu, rotan, biji timah, pukat atau benang dan yang paling penting adalah akar ribu-ribu. Jika bahan-bahan tersebut cukup lengkap, barulah sebuah Jebak puyuh terhasil dengan lengkapnya. Bermula dengan menganyaman pokok ribu-ribu, untuk menimbulk

SASTERAWAN NEGARA: SHAHNON AHMAD

Imej
PENGARANG SASTERA BIODATA Nama penuh Shahnon Ahmad ialah Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon bin Ahmad yang dilahirkan para 13 Januari 1993 di Kampung Ganggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran seharian Pak mat adalah berasal dari medan, Sumatera. Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dari tahun 1947 hingga 1953. Setelah tamat sekolah menengah, beliau telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang penulis. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Beliau juga pernah Guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 14 Januari 1962 sehingga 31 Disember 1963. Beliau pernah menjadi Profesor Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, pada tahun 1982 sehi

NOVEL SENJAKALA NUKILAN BAHARUDDIN KAHAR

Imej
BUKU SASTERA    BIODATA BAHARUDDIN KAHAR      Baharuddin Kahar ialah seorang penulis, novelis dan sasterawan warga Malaysia. Beliau dilahirkan pada 24 Disember 1946 di Pekan Lama, Tanjong Rambutan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Cator Avenue, Ipoh, Perak bermula dari tahun 1953 hingga tamat darjah enam pada tahun 1959. Selain daripada mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Baharuddin Kahar juga berbakat dalam bidang muzik dan pernah menjadi pemuzik pada awal tahun 70-an, bagaimanapun beliau lebih menyerlah dalam bidang penulisan. Kemungkinan besar bakat penulisan tersebut dicungkil sewaktu beliau menjadi pemberita daerah untuk akhbar Berita Harian pada tahun 1973. Namun, minatnya dalam bidang penulisan timbul setelah membaca novel Salina tulisan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sewaktu beliau berusia 17 tahun. Selain dari menggunakan nama Baharuddin Kahar, beliau juga menggunakan nama pena iaitu B.K. Samiyung. Pada tahun 1974, Baharuddin Kahar m

TOKOH AGAMAWAN: ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO` DR. HARON DIN

Imej
TOKOH AGAMA   BIODATA Allahyarham Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan  peringkat sekolah menengah di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Perlis. Seterusnya menyambung pelajaran ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, beliau kemudiannya menuntut ilmu di Kolej Islam Malaya dari tahun 1962 hingga 1965 . Beliau juga  berjaya memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan keputusan cermerlang dan melayakkannya memperolehi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mula berkelana ke perantauan pada tahun 1966. Pada tahun 1968,  beliau berjaya memperolehi dua ijazah serentak iaitu Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari

KRITIKAN TERHADAP FILEM TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA

Imej
KRITIKAN TERHADAP FILEM (Gambar: poster Tayangan Filem Tombiruo: Penunggu Rimba ) Filem Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan filem arahan Nasir Jani dan bekerjsama bersama pengarah dari Australia iaitu Seth Larney dimana filem ini ditayangkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini merupakan suatu medium yang diadaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk sama dengan filem yang dihasilkan iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba, novel ini merupakan karya milik Ramlee Awang Murshid. Beliau banyak menerapkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penulis novel thriller. Novel ini diterbitkan pada tahun 1998 oleh syarikat penerbitan Alaf 21. Filem Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan filem ‘box office’ di Malaysia. Hal ini terbukti apabila filem ini berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak empat juta Ringgit Malaysia dalam tempoh lapan hari tayangan. Manakala, jumlah kutipan tiket keseluruhan tayangan filem ini mence