Catatan

Kritikan Terhadap Aspek Sosial dalam Filem "Pendekar Bujang Lapok"

Imej
KRITIKAN TERHADAP FILEM   Kritikan Terhadap Aspek Agama Di dalam membincangkan aspek agama di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959), P. Ramlee telah memaparkan mengenai masyarakat Melayu Islam yang majoritinya melanggar norma agama atau syariat. Kepincangan dari sudut agama ini diperlihatkan dengan wujudnya masyarakat yang meletakkan kepercayaan terhadap amalan-amalan karut yang menyesatkan. Amalanamalan tersebut adalah kepercayaan terhadap ‘hantu’, pemakaian susuk dan pembacaan mantera. Kesemua perkara ini merupakan amalan yang mendatangkan dosa besar yang boleh membawa kepada perbuatan syirik dan penyelewengan akidah. Selain itu, amalan-amalan ini juga ini adalah dilarang di dalam Islam kerana timbulnya keyakinan bahawa ada benda atau unsur lain yang lebih berkuasa selain Allah SWT. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada ketika itu masih mengamalkan kepercayaan yang bersifat supernatural. Walau bagaimanapun, P. Ramlee juga menyelitkan bahawa wujudnya juga masyarakat y...

Keunikan Menara KLCC Menjadi Lokasi Pilihan

Imej
  LOKASI YANG DIKUNJUNGI   MENARA KLCC MENARA TERTINGGI? Menara KLCC atau Menara Berkembar Petronas adalah sebuah bangunan ikonik 88 tingkat yang menjadi mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur. Malah ia telah menjadi satu imej untuk negara kita. Menara ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum di atasi oleh Burj Khalifa, Dubai dan Taipei 101, Taiwan. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga tahun 2004. Menara Petronas yang direka oleh jurubina Ce'sar Pelli dari Argentina ini siap dibina pada tahun 1998. Menara 1 dibina oleh Konsortium Jepun yang dipimpim oleh Hazama Corparation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jenjantasnya pula disiapkan oleh Kukdong. Menara setinggi 88 tingkat ini diperbuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca. Ia direka untuk me...

Tokoh Motivasi Terkenal di Malaysia: Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad

Imej
  TOKOH MOTIVASI DATUK PROF DR. MUHAYA MOHAMAD Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan telah dilahirkan pada tanggal 1 Disember 1958. Berkahwin dengan pasangan tercinta Dr. Azmi Jamion serta dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang juga bergelar Doktor. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1980 hingga 1985. Pada tahun 1991 pula beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada tahun 1991. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Perubatan di National University of Singapore, NUS. Pada tahun 1998, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London. Beliau pernah mendapat pengiktirafan sebagai ahli  Fellow Royal College of Surgeons  (FRCS) di Edinburgh. Datuk Prof Dr. Muhaya berjaya menerbitkan 13 buah buku yang berkonsep inspirasi dengan salah sat...

Ulama' yang Dirindui : Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman

Imej
TOKOH AGAMA SIAPAKAH ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDULLAH  BIN HAJI ABDUL RAHMAN? Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman lahir pada 11 Febuari 1933 di Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua dari pasangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Hajah Nik Zainab Binti Nik Mud. Beliau dikurniakan lima cahaya mata dua lelaki dan tiga perempuan bersama Hajah Kamariah Abdul Ghani.  Beliau menerima pendidikan daripada ayahandanya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman Bin Che Wan semenjak dari kecil lagi sehingga beliau berumur 20 tahun. Beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah selama 13 tahun semenjak tahun 1953 sehingga tahun 1966. Antara tokoh guru-guru dan ulama' beliau ialah Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib Al- Mandili, Syeikh Muhamad Daud Al-Fatani , Syeikh Abdul Jahil Al-Indonisi dan beberapa orang lagi  tokoh-tokoh ulama' yang terkenal. Beliau sangat mahir dalam bidang ilmu Feqah, Hadis, Tauhid, Usul dan banyak lagi ilmu yang dikuasainya. ...

Warisan Budaya : Kaum Melayu Di Malaysia

Imej
WARISAN BUDAYA   Masyarakat Melayu merupakan kumpulan etnik yang paling ramai di Malaysia yang mana mempunyai dua kategori yang pertama ialah anak jati iaitu orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan kerajaan-kerajaan yang telah ditubuhkan oleh anak jati golongan Melayu ini. Manakala, yang kedua ialah anak dagang iaitu orang-orang dari bangsa rumpun Melayu yang datang dari kawasan kepulauan Melayu, di luar Tanah Melayu  dengan hasrat untuk berhijrah ke Tanah melayu. Kaum Melayu di Malaysia majoriti bertutur menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi, beragama islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sikap yang peramah dan kaya dengan seni budaya yang tersendiri.  PAKAIAN TRADISIONAL Pakaian tradisional bagi kaum lelaki dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya digandingkan dengan kain samping yang diikat di bahagia...

Sinopsis Hikayat Malim Deman

Imej
  BUKU SASTERA       Hikayat Malim Deman mengisahkan seorang putera raja kepada Tuanku Gombang Malim dan Tuan Puteri Lindungan Bulan dari sebuah negeri bernama Bandar Muar iaitu Tuanku Malim Deman. Tuanku Malim Deman diperihalkan sebagai seorang putera yang kacak, cukup budi pekertinya dan bijak dalam mengetahui segala hal dunia dan akhirat. Cerita ini bermula apabila pada suatu malam, baginda telah bermimpi didatangi seorang wali Allah yang menyuruhnya berjumpa dengan Nenek Kebayan di hulu negeri untuk memperisterikan seorang Puteri dari kayangan iaitu Puteri Bongsu. Apabila baginda terjaga daripada beradu, baginda berubah menjadi seorang yang gila bayang kerana terkenangkan mimpinya itu. Seluruh istana hairan melihat kepada perubahan kelakuan baginda terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina. Akhirnya, baginda mengambil keputusan untuk berangkat ke hulu negeri untuk berjumpa dengan Nenek Kebayan.    Tuanku Malim Deman berangkat ke hulu negeri Bandar Muar...