Tokoh Motivasi Terkenal di Malaysia: Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad
TOKOH MOTIVASI
DATUK PROF DR. MUHAYA MOHAMAD
Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan telah dilahirkan pada tanggal 1 Disember 1958. Berkahwin dengan pasangan tercinta Dr. Azmi Jamion serta dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang juga bergelar Doktor.Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1980 hingga 1985. Pada tahun 1991 pula beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada tahun 1991. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Perubatan di National University of Singapore, NUS. Pada tahun 1998, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London.Beliau pernah mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh. Datuk Prof Dr. Muhaya berjaya menerbitkan 13 buah buku yang berkonsep inspirasi dengan salah satu tajuknya iaitu Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu. Pencapaian yang paling tinggi pernah diperolehi adalah dengan adanya sebuah klinik sendiri hasil penat lelah yang dikenali sebagai Prof Muhaya Eye.
ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA
Datuk Prof Dr. Muhaya berjaya menerima empat pingat di peringkat di peringkat negeri dan juga negara, antaranya:
* Pingat Jasa Negara (JPN) (2016)
* Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015)
*Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015)
*Tokoh Ilmuwan Selangor (2010)
Secara tuntasnya, beliau sering mengingatkan agar melakukan transformasi minda dari negatif kepada positif, sering bersangka baik serta berusaha untuk berubah. Menjadi seorang pakar mata bukan penghalang Datuk Prof Dr. Muhaya memberi nasihat dan motivasi kepada orang ramai. Saya juga terkesan dengan motivasi yang disampaikan oleh beliau yang sangat memberi semangat untuk meneruskan kehidupan yang kian mencabar.
Ulasan
Catat Ulasan