Keunikan Menara KLCC Menjadi Lokasi Pilihan

 LOKASI YANG DIKUNJUNGI



 MENARA KLCC MENARA TERTINGGI?

Menara KLCC atau Menara Berkembar Petronas adalah sebuah bangunan ikonik 88 tingkat yang menjadi mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur. Malah ia telah menjadi satu imej untuk negara kita. Menara ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum di atasi oleh Burj Khalifa, Dubai dan Taipei 101, Taiwan. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga tahun 2004. Menara Petronas yang direka oleh jurubina Ce'sar Pelli dari Argentina ini siap dibina pada tahun 1998. Menara 1 dibina oleh Konsortium Jepun yang dipimpim oleh Hazama Corparation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jenjantasnya pula disiapkan oleh Kukdong. Menara setinggi 88 tingkat ini diperbuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca. Ia direka untuk menyerupai motif kesenian  islam yang mencerminkan agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.


PENGALAMAN DI MENARA KLCC ATAU MENARA BERKEMBAR PETRONAS




Lawatan ke Menara KLCC sangat meyeronokkan kerana saya dapat mengetahui banyak perkara yang menarik dan dapat melihat secara langsung menara tersebut. Saya begitu teruja dan terpegun dengan keunikan Menara KLCC kerana sebelum ini saya hanya melihat gambar yang dimuat naik melalui media sosial sahaja. Lawatan ke Menara KLCC merupakan pengalaman pertama kali saya menjejak kaki ke Menara KLCC yang mana membuatkan saya ingin megetahui secara lebih mendalam mengenai menara tersebut. Saya berhasrat agar dapat mengunjungi lagi tempat-tempat sedemikian pada masa akan datang. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH