Warisan Budaya : Kaum Melayu Di Malaysia

WARISAN BUDAYA 


Masyarakat Melayu merupakan kumpulan etnik yang paling ramai di Malaysia yang mana mempunyai dua kategori yang pertama ialah anak jati iaitu orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan kerajaan-kerajaan yang telah ditubuhkan oleh anak jati golongan Melayu ini. Manakala, yang kedua ialah anak dagang iaitu orang-orang dari bangsa rumpun Melayu yang datang dari kawasan kepulauan Melayu, di luar Tanah Melayu  dengan hasrat untuk berhijrah ke Tanah melayu. Kaum Melayu di Malaysia majoriti bertutur menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi, beragama islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sikap yang peramah dan kaya dengan seni budaya yang tersendiri. 

PAKAIAN TRADISIONAL


Pakaian tradisional bagi kaum lelaki dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya digandingkan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Manakala bagi kaum wanita pula dianamakan baju kurung. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung ini juga boleh digandingkan dengan  kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian sedemikian dipakai pada majlis rasmi dan dijadikan satu budaya masyarakat Melayu untuk memakainya.

PERMAINAN TRADISIONAL 

CONGKAK
 

* Dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlubang lima, tujuh, atau sembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua hujungnya yang dipanggil ‘rumah’.

* Congkak  dimainkan dengan menggunakan guli, kulit siput, batu kecil atau biji asam jawa. Permainan ini memerlukan dua pemain.

                                      
       
 GASING 

*Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan serta kepakaran ketika bermain permainan ini.

* Permainan gasing ini perlu dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya.

* Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan  sekeping kayu  pipih yang berliang di tengah, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. 



   WAU

* Layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia.

* Ianya dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf 'wau' Jawi.

*Direka dengan pelbagai bentuk, warna, corak yang cerah, berunsurkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah malah dapat menawan hati.




TARIAN TRADISIONAL 

    ZAPIN 


*Tarian ini diperkenalkan oleh para mubaligh dari timur tengah. 

*Pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebabkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. 


   


SILAT

* Silat merupakan sejenis seni mempertahankan diri.

*Ianya dipersembahkan dalam bentuk tarian.

* Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah memperlihatkan persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH