Ulama' yang Dirindui : Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman
SIAPAKAH ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDULLAH
BIN HAJI ABDUL RAHMAN?
Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman lahir pada 11 Febuari 1933 di Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas, Kelantan.Beliau merupakan anak kedua dari pasangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Hajah Nik Zainab Binti Nik Mud. Beliau dikurniakan lima cahaya mata dua lelaki dan tiga perempuan bersama Hajah Kamariah Abdul Ghani. Beliau menerima pendidikan daripada ayahandanya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman Bin Che Wan semenjak dari kecil lagi sehingga beliau berumur 20 tahun. Beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah selama 13 tahun semenjak tahun 1953 sehingga tahun 1966. Antara tokoh guru-guru dan ulama' beliau ialah Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib Al- Mandili, Syeikh Muhamad Daud Al-Fatani , Syeikh Abdul Jahil Al-Indonisi dan beberapa orang lagi tokoh-tokoh ulama' yang terkenal. Beliau sangat mahir dalam bidang ilmu Feqah, Hadis, Tauhid, Usul dan banyak lagi ilmu yang dikuasainya. Beliau juga merupakan seorang Guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan sahaja dari Kelantan malah dari seluruh negara hingga dari Pattani. Allahyarham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan. Tokoh agama sedemikian perlu diingati dan dihargai malah patut dijadikan beliau sebagai inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.
PENGALAMAN BERSAMA HAJAH KAMARIAH BINTI ABDUL GHANI
( ISTERI ALLAHYARHAM)
Ini merupakan pengalaman manis bersama isteri Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman dimana ketika ini saya membuat lawatan ke pondak Lubuk Tapah iaitu pondok Allahyarham untuk melaksanakan kerja khusus ketika saya tingkatan enam. Saya sangat bertuah ketika itu kerana dapat berjumpa dan berpeluang bergambar dengan beliau. Beliau sangat peramah dan beliau juga ada berpesan kepada saya dimana pesanan itu sangat bermakna untuk saya dan saya mengambil pesananya itu jadikan satu kata-kata semangat untuk saya berjaya dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.Beliau juga merupakan ibu kepada Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Luqman Haji Abdullah.
Ulasan
Catat Ulasan