Punca Gangguan Bekalan Air Selangor
ISU SEMASA Air bersih amat penting dalam kehidupan kita bukan sahaja untuk diminum tetapi untuk menjalankan aktiviti harian seperti memasak, mencuci pakaian, mandi dan sebagainya. Rutin harian biasanya akan terjejas apabila berlakunya gangguan bekalan air. Pengguna terpaksa menadah air, membeli air botol atau mencari sumber air alternatif seperti air bukit dan air perigi jika gangguan bekalan air berlaku, terutamanya jika gangguan air berlaku melebihi satu hari. Punca gangguan bekalan air berlaku; Gangguan akibat penutupan loji disebabkan oleh penyelenggaraan berjadual. Gangguan akibat penutupan loji disebabkan oleh faktor luar jangka seperti pencemaran sumber air, gangguan bekalan elektrik kerosakan peralatan loji, atau kerosakan paip induk yang disebabkan oleh pihak ketiga. Gangguan secara berjadual Lazimnya, operator air bertanggungjawab untuk melaksanakan penyenggaraan dan penggantian peralatan secara berkala bagi memastikan sistem dan peralatan berfungsi dengan baik agar air be