Kuih Tempatan yang Menjadi Kegemaran
APA ITU KUIH TEMPATAN?
Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati di negara kita. Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunkan bahan tempatan seperti pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung beras, tepung pulut, gula melaka, keladi, santan dan sebagainya. Kuih tempatan seringkali dijadikan sebagai pencuci mulut,makanan bekal dan hidangan untuk sajian minum teh pagi dan petang. Ia juga mempunyai banyak nutrien seperti karbohidrat, lemak dan zat galian.
Kuih Onde-Onde / Buah Melaka
Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Manakala nama kuih buah melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok melaka. Selain itu, perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah melaka menggunakan gula kabung atau gula melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan berwarna lebih hitam.Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.
Kuih Tepung Pelita
Kuih tepung pelita merupakan kuih tradisional lembut yang dimasak dalam acuan daun pisang. Ianya popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Tepung pelita diperbuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengahnya ada campuran air gula yang membuatkan rasanya manis dan berlemak. Tepung pelita mudah rosak dan tidak tahan lama.Tepung pelita juga dikenali sebagai kepala, diperbuat daripada santan putih yang lembut dan tepung beras hijau yang lebih keras. Bahagian bawah, dikenali sebagai badan, diperbuat daripada bahan yang sama tetapi dengan warna yang berbeza.Kuih tepung pelita ada dua lapis iaitu satu warna hijau di bahagian bawah dan satu lagi diperbuat daripada santan putih. Kuih jenis ini sangat popular di pantai timur dan sering dinikmati sebagai pencuci mulut.
Karipap
Karipap adalah sejenis kuih yang terkenal di Asia Tenggara bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah sekarang telah dikomersialkan dan dipasarkan ke seluruh dunia. Karipap diperbuat daripada tepung dan yang membezakannya adalah intinya. Jenis-jenis karipap bergantung kepada intinya seperti karipap kentang, karipap daging, karipap ayam dan sebagainya. Karipap sedap dimakan ketika panas bersama teh o atau kopi.
Ulasan
Catat Ulasan