Persepsi Masyarakat Terhadap Dunia Sastera

ISU SASTERA,BAHASA DAN BUDAYA 


Perubahan dalam persekitaran boleh memberi impak besar kepada cara orang memahami sesuatu perkara. Dalam perbincangan ini, sastera menjadi bualan orang ramai pada masa kini.  Sastera ialah subjek yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara, dan kadangkala tafsiran ini berbeza daripada maksud asal pengarang. Dalam perbincangan ini, kita dapat memfokuskan pada beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan dalam cara orang memahami sastera. Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana penggiat sastera sering menumpukan kepada faktor luaran sastera semata-mata. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa terdapat juga faktor dalaman yang memainkan peranan dalam cara orang memahami karya sastera. Bagi memahami punca sesuatu permasalahan, kita perlu mengambil kira faktor luaran dan dalaman sastera.
 

Persepsi atau tanggapan masyarakat yang muncul terhadap dunia sastera tidak lain dan tidak bukan didasari oleh cerminan penggiat sastera itu sendiri yang meliputi pusat pengajian, penggiat, pelajar, institusi, bahkan juga karya. Cerminan ini seterusnya diproses oleh minda tertawan masyarakat yang menghasilkan tanggapan yang menjadi titik perbincangan pada hari ini. Minda tertawan masyarakat yang dimaksudkan ialah minda yang berpaksi pada kehendak sesuatu dan bukan minda yang murni dari keterikatan.  Seringkali kita  berhadapan dengan khalayak yang mudah merumuskan sastera itu hanya sekadar bermain kata, tidak jejak dibumi, tidak bernilai ekonomi, sekadar hobi, sekadar itu, dan sekadar ini. Situasi ini membawa kepada menunding jari pada pihak luar atas tanggapan menyimpang ini. Namun setelah diamati, tanggapan ini bukanlah semata-mata kesalahan pihak luar atas rumusan negatif sedemikian. Persepsi buruk khalayak terutama masyarakat amnya yang dilemparkan terhadap sastera, seperti yang penulis katakan tadi adalah hasil cerminan sastera kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana cara kita mencerminkan dan menonjolkan dunia sastera.


Persepsi ini akan terus berlaku selagi mana sastera tidak diertikan sebetulnya oleh penggiat serta masyarakat. Penggiat perlu berganding bahu untuk memberi pengertian kepada sastera bukan hanya atas kertas, namun pada perbuatan serta kegiatan sastera yang akhirnya memberi cerminan yang layak kepada sastera. Semoga sastera tidak lagi dianggap sebagai pilihan, sastera itu adalah keperluan dalam kehidupan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH