Sasterawan Negara : Bonda Siti Zainon Ismail Inspirasi Saya

 PENGARANG SASTERA




Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan pengarang sastera yang tidak asing lagi dalam dunia sastera. Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor pada 18 Disember 1949. Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang penulisan malah turut berbakat dalam bidang lukisan malah beliau juga pernah dididik oleh Idris Salam dan Naz Achnas. Beliau telah dinobatkan  sebagai Sasterawan Negara yang ke-14 pada tahun 2019. Beliau juga merupakan salah sorang penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 1989. Beliau seorang yang kepengarangan atau kesenimanannya yang telah mencapai tahap yang bersebati dengan keperibadiannya.Beliau sangat berinspirasi kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami dunia sastera. Dengan kesungguhan yang diserlahkan melalui  bakat yang dimilikinya ini dapat membuka mata masyarakat diluar sana dengan adanya kesungguhan yang luar biasa pasti akan berjaya. Saya sendiri mengagumi dan meminati karya-karya yang dihasilkan oleh beliau sangat indah dan terselit pengajaran yang bermakna. 


PENGALAMAN MANIS BERSAMA BONDA SITI ZAINON ISMAIL




Pengalaman bersama Bonda Siti Zainon Ismail sangat bermakna bagi saya kerana sebelum ini saya hanya mengenali beliau melalui pembacaan karya-karya yang dihasilkan. Saya amat bersyukur dan berbangga dapat berjumpa secara bersemuka dengan beliau dan berpeluang untuk bergambar dengan Sasterawan Negara. Saya akan mengingati pengalaman manis ini sampai bila-bila kerana beliau merupakan idola saya dalam dunia sastera. Beliau juga ada memberi tahu tentang pengalaman beliau sebelum beliau berjaya berada sampai ke tahap ini. Beliau melalui pelbagai suka dan duka dalam mengharungi perjalanan beliau sepanjang bergelar seorang penulis. Saya menginspirasikan bonda Siti Zainon kerana setiap penulisannya banyak impak yang positif dalam perjalanan kehidupan saya sebagai seorang pelajar sastera.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH