Kritikan Terhadap Aspek Sosial dalam Filem "Pendekar Bujang Lapok"
KRITIKAN TERHADAP FILEM Kritikan Terhadap Aspek Agama Di dalam membincangkan aspek agama di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959), P. Ramlee telah memaparkan mengenai masyarakat Melayu Islam yang majoritinya melanggar norma agama atau syariat. Kepincangan dari sudut agama ini diperlihatkan dengan wujudnya masyarakat yang meletakkan kepercayaan terhadap amalan-amalan karut yang menyesatkan. Amalanamalan tersebut adalah kepercayaan terhadap ‘hantu’, pemakaian susuk dan pembacaan mantera. Kesemua perkara ini merupakan amalan yang mendatangkan dosa besar yang boleh membawa kepada perbuatan syirik dan penyelewengan akidah. Selain itu, amalan-amalan ini juga ini adalah dilarang di dalam Islam kerana timbulnya keyakinan bahawa ada benda atau unsur lain yang lebih berkuasa selain Allah SWT. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada ketika itu masih mengamalkan kepercayaan yang bersifat supernatural. Walau bagaimanapun, P. Ramlee juga menyelitkan bahawa wujudnya juga masyarakat yang