Majlis Maulid Nabi Memberi Ketenangan?


KELEBIHAN SELAWAT

Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahannya serta ditinggikan baginya sepuuh darjat di syurga kelak."

HIKMAH MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI UMAT ISLAM

1.Dapat Memperbanyakkan Selawat

Majlis Maulid Nabi sudah tentu menjadi tempat untuk mengirimkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Hikmahnya, umat Islam akan terbiasa untuk mengamalkan dan memperbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian dengan harapan mendapat syafaat Nabi."Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya," firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 56.

2.Bukti Cinta pada Rasullullah

Hikmah Maulid Nabi juga dapat meneguhkan kembali rasa cinta kepadanya, serta mengikuti semua ajarannya. yang disampaikan. Mencintai Nabi Muhammad SAW sama seperti kita mencintai Allah SWT. Hal itu telah dijelaskan dalam  surat Ali Imran ayat 31. Katakanlah wahai Muhammad, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

PENGALAMAN BERADA DALAM MAJLIS MAULID NABI


Pengalaman yang sangat bermakna buat saya dan keluarga yang mana dapat menghadiri majlis Maulid Nabi yang diadakan pada setiap malam jumaat bertempat di Madrasah Syukriah yang merupakan tempat adik saya melanjutkan pengajiannya. Pada awal majlis ini dimulakan dengan solat maghrib dan setelah selesai solat maghrib diadakan pula bacaan yassin serta membuat tahlil bersama jemaah yang hadir. Setelah itu, maka bermulalah Maulid Nabi yang mana dimulakan dengan alunan berzanji yang dialunkan oleh adik saya sendiri kerana dia merupakan ketua Qasidah di tempat tersebut. Alunan yang dialunkan membuatkan hati rasa sayu mendengarnya kerana maksudnya yang sangat mendalam dan diselit pula beberapa qasidah yang sangat merdu. Sesudah itu, semua jemaah diminta berdiri untuk berselawat kepada baginda, ketika itu saya berasa sebak kerana rindu akan Rasulullah SAW. Setelah selesai berselawat majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian tentang kelebihan mengagungkan Nabi Muhammad SAW. Majlis diteruskan lagi dengan solat isyak berjemaah dan diakhiri dengan surah Al-Mulk. Perasaan saya setiap kali menghadiri majlis tersebut saya sangat bersyukur dan gembira dapat menghadiri majlis sebegini kerana tidak semua orang dapat meluangkan masa untuk menghadiri tempat sedemikian. 


          ۞اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ
           وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ ۞   
~SUKA SUKA JUGA, SELAWAT JANGAN TINGGAL YE😊~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KRITIKAN TERHADAP DRAMA "TERHENTINYA DOA"

SAJAK: CINTA RASULULLAH