Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Warisan Budaya : Kaum Melayu Di Malaysia

Imej
WARISAN BUDAYA   Masyarakat Melayu merupakan kumpulan etnik yang paling ramai di Malaysia yang mana mempunyai dua kategori yang pertama ialah anak jati iaitu orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan kerajaan-kerajaan yang telah ditubuhkan oleh anak jati golongan Melayu ini. Manakala, yang kedua ialah anak dagang iaitu orang-orang dari bangsa rumpun Melayu yang datang dari kawasan kepulauan Melayu, di luar Tanah Melayu  dengan hasrat untuk berhijrah ke Tanah melayu. Kaum Melayu di Malaysia majoriti bertutur menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi, beragama islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sikap yang peramah dan kaya dengan seni budaya yang tersendiri.  PAKAIAN TRADISIONAL Pakaian tradisional bagi kaum lelaki dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya digandingkan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Ma

Sinopsis Hikayat Malim Deman

Imej
  BUKU SASTERA       Hikayat Malim Deman mengisahkan seorang putera raja kepada Tuanku Gombang Malim dan Tuan Puteri Lindungan Bulan dari sebuah negeri bernama Bandar Muar iaitu Tuanku Malim Deman. Tuanku Malim Deman diperihalkan sebagai seorang putera yang kacak, cukup budi pekertinya dan bijak dalam mengetahui segala hal dunia dan akhirat. Cerita ini bermula apabila pada suatu malam, baginda telah bermimpi didatangi seorang wali Allah yang menyuruhnya berjumpa dengan Nenek Kebayan di hulu negeri untuk memperisterikan seorang Puteri dari kayangan iaitu Puteri Bongsu. Apabila baginda terjaga daripada beradu, baginda berubah menjadi seorang yang gila bayang kerana terkenangkan mimpinya itu. Seluruh istana hairan melihat kepada perubahan kelakuan baginda terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina. Akhirnya, baginda mengambil keputusan untuk berangkat ke hulu negeri untuk berjumpa dengan Nenek Kebayan.    Tuanku Malim Deman berangkat ke hulu negeri Bandar Muar diiringi menteri, hulubalang dan